AGONG ADA KUASA UNTUK SINGKIRKAN PM DENGAN SYARAT PERLEMBAGAAN PERKARA 40 Satu artikel yang menarik ditulis oleh seorang bernama Zulhazmi Shariff di facebook yang menyatakan Yang Dipertuan Agong ada kuasa untuk singkirkan Najib dengan syarat perlembangaan perkaran 40. Posting yang ditulis itu mendapat perhatian nitizen yang tidak sukakan pemerintahan dibawah Perdana Menteri Malaysia sekarang iaitu Dato’ Seri Najib Razak. Namun, sejauh manakah kebenaran mengenai posting yang ditulis oleh saudara Zulhazmi Shariff ini? Mari kita baca posting penuh dari beliau. Ditulis oleh : Zulhazmi Shariff YDPA BOLEH MENITAHKAN AHLI PARLIMEN DATANG MENGADAP Yang Dipertuan Agong(YDPA) boleh menitahkan Ahli Parlimen datang mengadap dan nyatakan adakah masih menyokongan PM Malaysia Dalam ceramah malam tadi antara yang aku sebut ialah kita sebagai rakyat Malaysia amat mengharapkan Ke Bawah Duli Tuanku Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang memayungi seluruh rakyat agar menggu...