Skip to main content

Remaja 13 Tahun Mengaku Rogol Adik Perempuan 8 Tahun Lepas 'TAK TAHAN'

'Dia memberitahu polis dia telah menonton video lucah bersama seorang rakan dan membuat keputusan untuk 'MENCUBANYA'. Tambah remaja berkenaan, beliau memilih adiknya KERANA.... [BACA PENUH]...'
Remaja 13 Tahun Mengaku Rogol Adik Perempuan 8 Tahun Lepas 'TAK TAHAN'
 
Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun telah mengaku merogol adik beliau yang berusia lapan tahun selepas menonton video lucah menerusi Xbox.

Budak  yang tidak boleh dinamakan atas sebab-sebab undang-undang, juga mengaku bersalah kerana menyerang gadis itu dan menghasut beliau untuk melakukan perbuatan seksual kepadanya.

Kes itu mencetuskan perdebatan tentang akses kanak-kanak kepada video lucah, dengan kumpulan anti rogol meminta kawalan yang lebih ketat.

Dia memberitahu polis dia telah menonton video lucah menerusi Xbox bersama seorang rakan dan 'membuat keputusan untuk mencubanya'. Tambah lelaki berkenaan, beliau memilih adiknya kerana beliau masih kecil dan 'mudah lupa'.

Remaja berkenaan yang muncul di Mahkamah Majistret Blackburn pada hari Selasa, diikat jamin dan dibernarkan untuk hidup bersama ahli keluarga beliau,  manakala pasukan belia menyediakan pra- hukuman ke atasnya .

Mangsa kini dipantau oleh beberapa pakar untuk sementara waktu.

Penyelaras Kumpulan Operasi Krisis Rogol (Rape Crisis Charity), Fiona Elvines berkata kanak-kanak yang mempunyai akses kepada video lucah adalah satu 'kebimbangan'.

"Ini akan benar-benar menjejaskan kestabilan kehidupan gadis kecil ini.

"Ia akan mengambil masa yang sangat lama dalam proses membaik pulih keadaan beliau. Landasan hidup beliau akan berbeza dan saya tidak mahu itu berlaku kepada orang lain," katanya.

Fiona berkata apabila kanak-kanak melihat aksi lucah, mereka tidak mempunyai sebarang konteks. Ini akan mewujudkan tekanan ke atas kanak-kanak yang akan menjadi lebih seksual, terutamanya di kalangan kanak-kanak lelaki muda untuk melakukan hubungan seks pada usia yang begitu muda.

Beliau juga meminta pihak kerajaan untuk memandang serius tentang perkara ini dan berharap bahawa pembekal perkhidmatan internet akan mengambail tanggungjawab yang lebih besar untuk mengawal akses kanak-kanak kepada kandungan lucah.

Satu rang undang-undang keselamatan dalam talian baharu akan dibincangkan oleh jawatankuasa kerajaan Britain walaupun tarikhnya belum ditentukan.

Ia mencadangkan bahawa pengguna internet perlu membuktikan mereka melebihi usia 18 tahun untuk melihat kandungan dewasa.

Pada masa ini, sekatan perlu dilaksanakan dalam setiap peranti dengan akses internet.

Menurut laman web khidmat pelanggan Xbox, pengguna boleh menukar akses kepada permainan, filem dan kandungan televisyen mengikut kesesuaian.

Ibu bapa juga boleh menyekat akses kepada internet dan menukar ciri keselamatan dan privasi dalam talian untuk akaun mereka.
Microsoft, syarikat yang membuat alat permainan video itu telah menyatakan simpati kepada semua  yang terlibat dalam kes ini.

"Di Microsoft, kami mempunyai beberapa sistem yang ketat yang membenarkan ibu bapa untuk mengawal apa yang anak-anak mereka bermain dan menonton dalam talian."

Fiona berkata, ibu bapa juga harus cuba untuk bercakap tentang seks dan hubungan bersama anak-anak mereka. Subjek berkenaan juga diwajibkan di sekolah-sekolah, mengikut kesesuaian umur-umur pelajar.

"Apabila kita bercakap dengan anak-anak , mereka berkata ibu bapa mereka tidak tahu apa yang mereka lihat.

"Pada masa ini , kanak-kanak berfikir bahawa apa yang mereka menonton adalah apa yang orang dewasa lakukan apabila mereka melakukan hubungan seks, tetapi mereka perlu tahu bahawa ia adalah tidak, " katanya.

Comments

Popular posts from this blog

DUNIA AKHIR ZAMAN!!!Wanita Rogol Lelaki Mabuk Di Tepi Jalan Jadi Viral Di Media Sosial.

Seorang wanita di Chengdu, China telah merog0l seorang lelaki secara paksa di tepi jalan di kawasan Jiuyanqiao, China. Lelaki itu yang mungkin sedang mabuk teruk telah ditolak dan dipaksa baring di tepi jalan oleh wanita tersebut dan kemudiannya wanita itu membuka seluarnya dan duduk diatas lelaki mabuk tersebut.  Pada mulanya lelaki itu melawan tetapi menyerah kalah kerana wanita itu terlalu ganas. Selepas dirog0l, lelaki itu memakai kembali seluarnya dan terus berlalu dari kawasan itu dengan muka yang merah padam.  Wanita yang telah merog0l lelaki itu kemudiannya memakai seluar dan berjalan seperti tiada apa-apa yang berlaku. Selepas tersebarnya gambar wanita merog0l lelaki di tempat jalan itu, ramai lelaki ingin mencuba nasib pergi ke kawasan tersebut kononnya kalau-kalau mendapat tuah seperti lelaki yang dirog0l itu.

Barai !! Akaun Janna Nick Teruk Digodam, Netizen Terhibur Dengan Hacker? Siapa Sangka Hacker Sanggup Lakukan Ini..

Baru baru ini heboh apabila akaun Instagram Janna Nick khabarnya digodam hackers! Memang teruk sungguh. Janna yang mempunyai pengikut lebih 3 juta itu turut tertekan dengan situasi itu. Paling tidak menahan apabila hacker itu memuat naik foto Janna sesuka hati. Paling menarik perhatian ramai adalah kapsyen yang dibuat. Memanglah kesian tapi ada juga rasa lawak. Pandai betul main hacker ni. Langsung tak bersalah. Apa apa pun kita harap pihak Janna dapat selesaikan isu ini dengan segera. Bahaya betul lah teknologi zaman sekarang. 4 keping gambar yang dimuat naik hacker itu berjaya menarik perhatian netizen. Ramai yang bersimpati dengan nasib Janna Nick. Janna turut melahirkan rasa terkilan dan berharap agar pihak tidak bertanggungjawab itu segera berhenti menyamar menjadi dirinya. Ramai jugak terhibur dengan perangai tak senonoh si hacker ni. Boleh tahan pandir dia..

“Saya Ada Sejuta Sebab Kenapa Tidak Pergi Melawat Ibu Saya Meninggal Dunia”

 “Saya Ada Sejuta Sebab Kenapa Tidak Pergi Melawat Ibu Saya Meninggal Dunia” Pada Februari yang lepas, ibu  Azwan Ali  telah meninggal dunia dan Azwan Ali dikatakan tidak melawat langsung jenazah apatah lagi berada di kubur arwah ibunya. Disebabkan tindakan Azwan Ali tersebut, ramai netizen mengutuk Azwan sebagai anak derhaka kerana sanggup tidak menjenguk arwah ibunya walaupun sudah meninggal dunia. Akhirnya Azwan Alu tampil memberi penjelasan kenapa dia tidak melawat arwah ibunya dan tidak hadir semasa majlis pengebumian arwah dalam rancangan  Melodi  sebentar tadi. Alahai, masa hidup pun susah nak melawat apatah lagi masa dah meninggal dunia. Senang dan mudah jawapan si Azwan ni, biar dia jawab dengan Allah sebab Allah Maha mengetahui. ArtisBuzz : Ingat ya, syurga terletak di bawah telapak kaki seorang ibu. Harap insaf ya Azwan Ali…