Skip to main content

Makan nasi lauk kicap, budu

Ramlah tidak dapat menahan sebak sewaktu menceritakan kehidupan dilaluinya sekeluarga.
HULU TERENGGANU - “Ada kalanya kami sekeluarga makan nasi berlaukkan kicap atau budu saja sehinggakan anak menangis tak mahu makan. Saya hanya mampu memujuk mereka bersabar dengan segala kesusahan dilalui ini,” luah Ramlah Abdullah, 36.
Menurut ibu kepada lima cahaya mata ini, kesempitan hidup dilaluinya sekeluarga bukan sekadar menyebabkannya menangis sendirian apatah lagi mengenangkan anak-anak tetapi juga terpaksa menebalkan muka meminta duit daripada keluarga mentua di Kelantan.
“Suami, Mohd Shuhaimi Mohd Saufi, 34, bekerja sebagai pengawal keselamatan di Kuala Berang dengan pendapatan sekitar RM1,000 sebulan. Cukup atau tak, duit itulah digunakan untuk belanja barangan dapur dan keperluan harian termasuk persekolahan anak-anak.
“Empat anak, Nur Aliya Nazipa, 10; Nur Aliya Amirah, 8; Nur Aliya Nazimah, 6, dan Muhammad Sadruddin, 4, masing-masing bersekolah. Manakala anak bongsu, Nur Aliya  Naizatul Najwa, 2, masih memakai lampin pakai buang, namun ada kalanya terpaksa juga guna lampin biasa," katanya.
Berhenti kerja akibat masalah kesihatan
Ramlah berkata, apabila keadaan memaksa, dia sekadar mampu menghidangkan anak-anak nasi berlaukkan kicap atau budu sahaja.
"Hati ibu mana tak tersentuh bila tengok anak menangis tak mahu makan.
"Untuk jimatkan gas memasak, saya turut gunakan dapur kayu. Pernah juga kehabisan beras sehingga memaksa saya meminta duit daripada ahli keluarga untuk beli beras.
Rumah didiami ini pula pusaka arwah nenek dan saya tinggal dengannya sejak kecil," katanya.
Katanya, walaupun keadaan rumahnya tidak begitu selesa terutamanya untuk anak-anak yang kian membesar, namun dia tiada pilihan lain dan tetap bersyukur kerana rumah pusaka itu jugalah menjadi tempatnya sekeluarga berteduh dari hujan serta panas.
"Sebelum ini suami saya bekerja sebagai penjawat awam, namun disebabkan beberapa masalah kesihatan termasuk berkaitan saraf, dia terpaksa berhenti sekitar 2012 dan mula berniaga kedai makan di Kuala Terengganu.
"Tapi tak lama berniaga kami ambil keputusan pulang tinggal di kampung. Suami hanya lakukan kerja kampung untuk teruskan hidup dan kemudiannya jadi pengawal keselamatan bermula lebih kurang setahun lalu," katanya.
Duit pencen bayar pinjaman
Tambahnya, walaupun suaminya mendapat pencen sebanyak RM350 sebulan, namun duit itu hanya digunakan bagi membayar balik pinjaman yang dibuat sewaktu bekerja dahulu.
"Sekarang kami hanya bergantung kepada pendapatan suami sebagai pengawal keselamatan.
"Saya bersyukur, Ramadan lalu dapat bantuan daripada Maidam sebanyak RM600. Permohonan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah dibuat Jun lalu dan saya masih menunggu jawapan daripada pihak berkaitan,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Terengganu, Azmy Adenan ketika dihubungi memaklumkan pihaknya menerima permohonan dibuat Ramlah dan keputusan berhubung permohonan bantuan bulanan itu masih dalam proses.
"Kami bersedia untuk turun padang sekali lagi ke rumah pemohon bagi melihat bentuk-bentuk bantuan lain bersesuaian yang mungkin boleh disalurkan kepada keluarga tersebut sementara menunggu keputusan permohonan," katanya kepada Sinar Harian.

Comments

Popular posts from this blog

DUNIA AKHIR ZAMAN!!!Wanita Rogol Lelaki Mabuk Di Tepi Jalan Jadi Viral Di Media Sosial.

Seorang wanita di Chengdu, China telah merog0l seorang lelaki secara paksa di tepi jalan di kawasan Jiuyanqiao, China. Lelaki itu yang mungkin sedang mabuk teruk telah ditolak dan dipaksa baring di tepi jalan oleh wanita tersebut dan kemudiannya wanita itu membuka seluarnya dan duduk diatas lelaki mabuk tersebut.  Pada mulanya lelaki itu melawan tetapi menyerah kalah kerana wanita itu terlalu ganas. Selepas dirog0l, lelaki itu memakai kembali seluarnya dan terus berlalu dari kawasan itu dengan muka yang merah padam.  Wanita yang telah merog0l lelaki itu kemudiannya memakai seluar dan berjalan seperti tiada apa-apa yang berlaku. Selepas tersebarnya gambar wanita merog0l lelaki di tempat jalan itu, ramai lelaki ingin mencuba nasib pergi ke kawasan tersebut kononnya kalau-kalau mendapat tuah seperti lelaki yang dirog0l itu.

Barai !! Akaun Janna Nick Teruk Digodam, Netizen Terhibur Dengan Hacker? Siapa Sangka Hacker Sanggup Lakukan Ini..

Baru baru ini heboh apabila akaun Instagram Janna Nick khabarnya digodam hackers! Memang teruk sungguh. Janna yang mempunyai pengikut lebih 3 juta itu turut tertekan dengan situasi itu. Paling tidak menahan apabila hacker itu memuat naik foto Janna sesuka hati. Paling menarik perhatian ramai adalah kapsyen yang dibuat. Memanglah kesian tapi ada juga rasa lawak. Pandai betul main hacker ni. Langsung tak bersalah. Apa apa pun kita harap pihak Janna dapat selesaikan isu ini dengan segera. Bahaya betul lah teknologi zaman sekarang. 4 keping gambar yang dimuat naik hacker itu berjaya menarik perhatian netizen. Ramai yang bersimpati dengan nasib Janna Nick. Janna turut melahirkan rasa terkilan dan berharap agar pihak tidak bertanggungjawab itu segera berhenti menyamar menjadi dirinya. Ramai jugak terhibur dengan perangai tak senonoh si hacker ni. Boleh tahan pandir dia..

“Saya Ada Sejuta Sebab Kenapa Tidak Pergi Melawat Ibu Saya Meninggal Dunia”

 “Saya Ada Sejuta Sebab Kenapa Tidak Pergi Melawat Ibu Saya Meninggal Dunia” Pada Februari yang lepas, ibu  Azwan Ali  telah meninggal dunia dan Azwan Ali dikatakan tidak melawat langsung jenazah apatah lagi berada di kubur arwah ibunya. Disebabkan tindakan Azwan Ali tersebut, ramai netizen mengutuk Azwan sebagai anak derhaka kerana sanggup tidak menjenguk arwah ibunya walaupun sudah meninggal dunia. Akhirnya Azwan Alu tampil memberi penjelasan kenapa dia tidak melawat arwah ibunya dan tidak hadir semasa majlis pengebumian arwah dalam rancangan  Melodi  sebentar tadi. Alahai, masa hidup pun susah nak melawat apatah lagi masa dah meninggal dunia. Senang dan mudah jawapan si Azwan ni, biar dia jawab dengan Allah sebab Allah Maha mengetahui. ArtisBuzz : Ingat ya, syurga terletak di bawah telapak kaki seorang ibu. Harap insaf ya Azwan Ali…